Monday, December 28, 2015

Memilih tadika untuk kembar 4 tahun di Pulau Meranti, Puchong

Assalammualaikum WBT

Alhamdulillah diam tak diam dah sampai ke penghujung tahun 2015, cepatnya masa berlalu kan?
Next January, twin dah masuk umur 4 tahun. Last year diorang sekolah dekat PASTI Pontian sebab ikut anak2 pengasuh diorang. PASTI ok, alhamdulillah twin dah boleh baca basic surah, pandai menyanyi, pandai berzikir..

Next January me and husband dah sepakat memilih Tadika ABS Luqman Bandar Bukit Puchong as tadika kedua untuk twin. tadika ni dalam 15 minit dari rumah, berhampiran dengan Tesco Extra. Mula2 kami nak daftar twin masuk Little Caliph, memandangkan kami suami isteri PJJ, and yuran pendaftaran LC untuk berdua pon dan RM3k++ (tercekik jap), kitorang postpone insyaallah by next 2017 kalau panjang umur kami hantar diorang ke LC.

Yuran pendaftaran untuk Tadika ABS Luqman ni pon agak berbaloi sebab 2 orang baru RM1770. Every month half day RM360 untuk kembar. half day lg hantar rumah pengasuh. Ikutkan nak hantar full day kat sekolah je sebab jimat RM120 lagi tapi husband decided nk anta rumah pengasuh juga

Just nak letak few pics masa diorang masuk kelas free seminggu tadika ABS. so far diorang happy sekolah kan situ. Semoga mereka baik2 sahaja.. amin

oh by next year juga, kami bakal menamatkan PJJ kami selama setahun 7 bulan ni. insyaallah saya akan mula bekerja di KL. Welcome to the busiest town!

   
 

0 ding dong: