Wednesday, April 1, 2015

Jom Belajar tentang Urutan Perineum

Apakah itu perineum?

Kawasan antara kulit vagina dan dubur

Apakah itu episiotomi?

Faraj ibu yang digunting sedikit untuk memudahkan jalan bayi

Apakah itu urutan perineum?

Urutan yang diamalkan apabila usia kandungan mencecah 35 minggu untuk membantu memudahkan bersalin dan mengurangkan risiko terkoyak semasa meneran, lantas tidak memerlukan episiotomi ataupun jahitan yang sangat sedikit
Ibu-ibu hendaklah memastikan kuku benar-benar pendek, tidak tajam dan betul-betul bersih. Walaubagaimanapun, anda hendaklah mendapatkan nasihat doctor dulu tentang keadaan anda dan kandungan anda.
Sekiranya doctor memberi lampu hijau, maka bolehlah anda mulakan urutan ini selama 5-10 minit, 2 hingga 3 kali sehari. Untuk memudahkan urutan, anda  bolehlah menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa dara, atau apa sahaja minyak semulajadi yang tiada berperisa atau pewarna.

Teknik Urutan Perineum

perineum massage
Gambar ini untuk tujuan perkongsian ilmu, diharap tidak disalahgunakan
  1. Sapu jari dengan minyak
  2. Letakkan ibu jari ke dalam dinding vagina
  3. Letakkan 4 jari lagi ke dalam punggung
  4. Mulakan dengan bahagian lapisan pertama vagina.
  5. Bayangkan vagina anda seperti jam dan bahagian perineum adalah pada pukul 6.
  6. Anda boleh mula gerakkan jari anda atau ibu jari secara perlahan dan lembut dari pukul 3 ke pukul 9.
  7. Kemudian cuba berhenti dan bertahan pada setiap point.
  8. Mulakan dengan tekanan sifar pada pukul 3, 4, 5 dan seterusnya.
  9. Kemudian lakukan sedikit regangan di tempat-tempat tadi dengan menolak ke dalam tisu pada bahagian tersebut dengan lebih kuat.
  10. Setelah itu, cuba lakukan lebih dalam (lebih kurang senggatan kedua jari anda). Disini akan tercapainya bahagian yang lebih dalam pada lantai pelvik.
  11. Lakukan dengan sangat berhati-hati dan tekanan yang dikenakan adalah menghampiri sifar.
  12. Selepas selesai urutan, buat senaman kegel (kemut). Ia seperti anda ingin menahan buang air kecil atau menahan angin dari keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan selama 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
  13. Ulang sekurang-kurangnya 2 kali sehari
Urutan perineum ini dapat membantu ramai ibu untuk mengurangkan risiko jahitan semasa kelahiran bayi. Ini kerana bahagian perineum telah kita latih untuk meregang semaksima mungkin. Ini kerana, semasa kelahiran baby, bukaan akan mencecah 10 cm. Diluar dari pemikiran kita kan.
Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada Allah. Kita berusaha, Allah yang menentukan. Yang penting, kesihatan selepas ibu-ibu melahirkan baby. Jaga sebaik mungkin untuk kesejahteraan kita, baby dan juga keluarga

0 ding dong: