Thursday, February 27, 2014

CLOSING 28 FEBRUARY 2014

Ya allah.. permudahkan lah closing aku dan anak2 shakleeku pada hari ini.. 

permudahkanlah closing rakan2 ku juga

ameen ya rabbal alaminn

Penangan closing february

assalammualaikum semua

banyak lagi nak karang pasal journey ke Bandung tempoh hari.
tapi la ni kita settelkan pasal closing dulu.. semoga esok closing dengan jayanyaaa.. ameenn

p/s: sesiapa nak order Shaklee boleh sms atau call saya ok 014-7314807
harga kasih sayang saya bagi :)

Sunday, February 23, 2014

5 perbezaan Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi

Assalammualaikum semua

Jom kita ikuti 5 perbezaan Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi yang dipetik dari mamafaiz.com dan sumber asalnya dari Mommy Lyna @ mysuperkids.net  


1. Penghasilan

 -Vitamin natural - dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya. 

-Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.


2. Keserasian dgn badan

-Vitamin natural - dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

-Vitamin sintetik - walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.


3. Harga

-Vitamin natural - tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

-Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.


4. Kesan kepada tubuh badan

-Vitamin natural - mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

-Vitamin sintetik oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.


5. Kesan jangka panjang

-Vitamin natural - tidak mendatangkan kesan sampingankerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).


-Vitamin sintetik - mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.


So, anda boleh nilai sendiri... mana satu yang terbaik dan mana satu yang menjadi pilihan anda... Pilihan saya tentulah semulajadi yakni Shaklee... Tidak mengapa berbelanja lebih sedikit untuk kebaikan yang berpanjangan daripada berjimat cermat untuk sesuatu yang memberikan kebaikan sementara dan dalam masa yang sama terselit keburukan... 


Pilihan di tangan anda.....
Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
ANDELIANA : 014-7314807
FB : Nurul Andeliana
emel : yellow_adam2011@yahoo.com

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**

Hari kedua di Bandung, Indonesia (11 Februari 2014)

Assalammualaikum,


sihat ke semua orang? alhamdulillah saya sekeluarga sihat. Jom kita start pengembaraan saya di Bandung tempoh hari

Hari kedua di mulakan dengan breakfast dekat hotel. Breakfast die simple je.. ade nasi goreng and lauk sket and roti. Then kitorang start berjalan kaki di Jalan Dago. semua factory outlet kitorang masuk. ade yang x dapat masuk sebab buka at 12pm. Jalan kaki sampai ke mall yang ade jual hp untuk cari plug adaptor nak charge hp.. punyalah gigih jalan kaki dengan dukung si kembo tu. 

balik dari shopping tu sempat lah g spa (murah and berbaloi baloi. buat facial dalam RM40 je.. jimat duit mak!). husband pulak urut kaki.. RM20 je.. murah murah..

tengah hari kitorang makan kt Kartika Sari. saya  amik Nasi Timbel. boleh la tahan tapi sup masam tu cm pelik sangat rasenye. tak kena ngan tekak melayu saya ni.

then balik hotel sebab dah penat, anak pon nak tidur. Malam tu kitorang jalan jalan sekejap and makan kt hotel je. Malam tu jugak my mom, my dad and adik saya sampai. lengkap dah satu family Pak Bako.

Tips untuk anda di Jalan Dago,
  1. Most FO boleh guna atm debit, so x perlu susah susah bawak cash banyak banyak ok
    1. kat Jalan Dago ni banyak orang jual souvenir, cam fridge magnet, Tshirt Bandung, keychain.. if korang tak nak, cakap je elok elok "ngak mau"..pastu buat tak tau je okeyhh
    2. Tshirt, fridge magnet semua tu tak yah la beli kat sini. MAHAL. beli kt pasar baru. 7 helai tshirt 100,000rupiah (dalam RM30 je). fridge magnet kat Pasar baru, 5 x 6keping baru 100ribu rupiah.. berbaloi baloii
    3. kat Jalan Dago ni banyak roda (gerai jual makanan). hati hati sebab kebersihan tak terjaga. Takut sakit perut je
    4. kalau letih, naik je angkutan kota (sorang dalam rm0.60 je)

    tu jer kot. if ade pape nak tnye boleh pm saya ok. nak beli Shaklee pon boleh. konsultasi percuma :p

    salam sayang,
    Andeliana


    Thursday, February 20, 2014

    ROYAL DAGO JALAN DAGO (10 FEB - 12 FEB 2014)

    Assalammualaikum semua.. 

    nak citer pasal first hotel yang saya duduk di Bandung ni. Hotel ni bukan lah hotel yang mewah (sebab on budget pergi 8 orang termasuk 2 kanak2) so kene amik la hotel yang x mahal tapi selesa sebab kita nak shopping and abeskan duit berjuta juta kan.. lagipon keluar pagi, balik dah petang kan..

    gambar ehsan dari pakcik google

    Hotel Royal Dago ni memang betul betul terletak dekat Jalan Dago, jalan yang penuh dengan Factory Outlet yang best best. Jalan sikit jumpe FO, kiri kanan FO, Kartika Sari pn ade kat Jalan Dago ni. Oh yang paling best, sebelah Royal Dago ni betul2 kedai Amanda Brownies ( tapi kami x dan nak g hehe). memang masa kitorang duduk hotel ni, kitorang tak amik khidmat supir pon. memang jalan kaki la kitorang sehari tu. me and husband dukung si kembar tu (alhamdulillah, babycarrier ERGO memang sangat membantu). Pada sesiapa yang nak bawak stroller tu, dinasihatkan takyah la bawak. Guna carrier senang. badan pon boleh kurus sket haha.. jangan risau, if penat nak patah balik, naik je angkutan kota. murah (Rp 2000 untuk sorang, lebih kurang RM0.60 je). 

    gambar google jugak


    Memang banyak gambar google sebab kat sana mase first day tu hp, Ipad semua abes bateri. DSLR plak tak bawak so xde la kami bergambo sakan. bukan tak bawak plug tapi soket kat Indon ni berlainan hokeyh.. So korang kene beli siap2 international adapter (memang silap kami sebab x beli awal2, adik suruh beli kat airport, malangnya airport die kecik bangattt, xde kedai jual menda alah cmni). Soket die macam kt bawah ni haa. So korang cari la siap2 okeyh kt Aeon Tesco ade jual rasenya.


    Kitorang book hotel ni guna agoda.com and including breakfast. breakfast diorang tak semeriah macam breakfast kt hotel kita ni ha. ade nasi goreng camtu je.. Pilihan lauk memang tak banyak tp alhamdulillah breaksfast sedap..boleh la masuk mulut kan. cuma food untuk anak kecik tak der. kenalah makan nasi goreng jugak. kitchen hotel ni beroperasi 24 jam. So both night mmg kitorang makan kat hotel jelah. Restoran kt Bandung ni majoriti tutup awal. 

    Pada saya, Royal dago ni memang recommended. Wifi ade tapi kat area lobby memang terbaik. if kat bilik, wifi memang slow ya amat. tapi at least ade la kan dari takde. Rate bilik untuk Deluxe adelah rm118 sehari including breakfast. murah kan. oh ya, di hadapan Royal Dago ni ade lg satu hotel under Royal dago jugak tapi hotel ni lama sikit TAPI harga die sangat lah murah, berbaloi2. 2 double bed dalam Rp325,000. boleh tidur  4orang dengan selesa. jadilah kan. if nak honeymoon, hotel ni tak recommended tau! 

    Ni adress and No fon Hotel Royal Dago ni: boleh booking through agoda k :)

    Jl. Ir. H. Djuanda 169-156, Dago, Bandung, Indonesia
    +62222502200


    if korang ade ape2 nak tanya, boleh email saya di yellow_adam2011@yahoo.com. Insyaallah saya akan menjawab sebaik mungkin :)

    salam sayang,
    andy si penjual Shaklee



    Wednesday, February 19, 2014

    BANDUNG DAY 1 (travel dari Perak - LCCT - Bandung)

    Assalammualaikum semua..

    Sementara tengah ingat ni, better update pasal a week trip saya ke Bandung, Indonesia bersama keluarga tercinta (10 February 2014 - 16 February 2014). Tiket sepatutnya pukul 4.45pm on 10 Feb tu tapi last2 delayed smpai pukul 830pm.. Tiket flight untuk 2 dewasa, 2 kanak2 ke Bandung RM702, consider cheap kan termasuk tax, luggage 20kg and insurans. Fully sponsored by my little brother (thanks a lot)

    First time naik flight dari LCCT. Our 2nd time with Air Asia (first masa babymoon ke Sarawak tahun 2011 tp masa tu naik ikut Penang). Saya mula2 terkejut masa sampai ke LCCT, manusia punyalah ramai, LCCT plak cm sempit, so otak ni asyik pikir LCCT ni same cm PUDURAYA :p . Kami ( saya, husband, the twin and adik bongsu) gerak dari Sitiawan jam 10.30 pagi. Sampai LCCT dalam jam 2 petang. Kereta pulak parking kt tempat yg sehari rm16 tu, sejam rm1, so husband drop kitorang and dia menapak la jalan ke LCCT ( thanks  alot :p ) . Parking murah ni dekat area Tune Hotel.. agak jauh la jugak kan nk ke LCCT.

    pic ehsan dr google: blog parkingrate

    ni first flight untuk adik saya yang bongsu tu, so die over exited nak duduk tepi tingkap, malangnya flight waktu malam, so view pn x best sangat la.. anak saya safya pon exited sbb nampak kapal terbang depan mata (first flight diorang naik MAS, so xnmpk la kapal terbang tu live. exited smpai tertidur. masa nak jalan kaki ke kapal terbang tu, saya gerak die, tanya die nak tgk aeroplane tak, terus die bangun.. SO EXITED. tapi yang tak best nye, masyaallah, jauh beno nak menapak ke kapal terbang tu, dengan dukung anak lagi.. ayoyoooyoo terus rs cm kurus sekejap :p . anak saya si safya tu punya exited sampai x tidur dalam flight. Siap bgtau die berak lagi.. merasalah basuh berak anak dalam flight. apaknya ngan kakaknye dah lena diulit mimpi.

    Sampai je Bandung, ade pak supir tunggu dengan kertas A4 tertulis nama saya.. Airport Bandung sangat lah kecik.. nak tunggu beg pon smpai dekat sejam.. nak cop pasport pon 3 kaunter je bukak.. nasib la masa kami sampai tu just flight kami je yg baru smpai.. so xde la beratur panjang sangat. masa dalam flight diorang ade bg satu  borang kastam dan borang declair suh isi. smpai je nanti diorang akan ceraikan sebahagian, sebahagian lagi korang kene simpan, masa nak balik tu nanti kene bagi okeyh.


    Berikut adalah info / tips untuk anda :

    1.  FORM - Pastikan anda telah menulis borang2 yang diberikan oleh pramugara/pramugari  sebelum 
         sampai.. Bukan apa, nanti takdelah terkial2 baru nak menulis bila dah sampai di sana...

    2.  PEN - Bawa pen sendiri lebih baik dari meminjam... Senang

    3.  CHECK-IN ONLINE - Bagi mereka yang booking tiket secara online, baiklah korang check-in terus 
         secara online... So, masa di Airport boleh terus masuk ke pintu, takyah nak beratur untuk check       in...Tunjuk jer boarding pass yang diprint sendiri melalui online... Senang dan melicinkan pergerakan kita semasa di dalam LCCT...


    okeyh.. nanti saya cerita lagi pasal entri check in Hotel yang pertama which is Hotel ROYAL DAGO di Jalan Dago yang penuh dengan factory outletnya. Jumpe lagi di next entry ye :)

    Salam Sayang,
    Andy si comel :p


    Tuesday, February 18, 2014

    MULTIVITAMIN TERTUA DI DUNIA - VITALEA ( almost 100 years okeyhh)

    18 SEBAB KENAPA VITALEA MERUPAKAN MULTIVITAMIN TERBAIK DI DUNIA


    #1: Ia dihasilkan 100% daripada sumber tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Tidak menggunakan sumber daripada haiwan Setiap tablet disaluti oleh spirulina dan dihasilkan dengan kaedah "Explo-Tab" yang menjadikan ia sangat mudah larut dalam air dan tubuh manusia. Tiada pewarna mahupun perisa tiruan. Bukan vitamin sintetik

    #2: Ia mengandungi 12 vitamin dan 15 mineral yang diperlukan oleh badan dalam komposisi yang seimbang. Setiap vitamin memerlukan vitamin yang lain dan mineral (yang juga dikenali sebagai co-factor) untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik. 

    #3: Kawalan kualiti yang KETAT keatas Vita-Lea kerana lebih daripada 340 ujian akan dijalankan keatas Vitalea bagi memastikan kualiti yang terbaik!! 

    #4: Sesuai untuk semua golongan yang ingin KULIT CANTIK, KURUS, KEKAL BERTENAGA, SIHAT kerana ia melengkapkan keperluan nutrisi harian badan. Kelompongan sesetengah vitamin dan mineral dalam jangka masa  yang panjang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan!

    #5: Ujian klinikal mendapati mengambil Vitalea secara konsisten selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%!! (bestnye....!!)

    #6: Vitamin A dalam Vitalea merupakan dari sumber BETA-CAROTENE (salah satu bukti yang Vitalea merupakan 100% semulajadi dan bukan sintetik) - dan kajian klinikal menunjukkan beta carotene mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan cataract

    #7: Vitalea mengandungi BIOTIN yang penting untuk penghasilan tenaga - bukan semua multivitamin ada biotin sebab biotin ni mahal ye. Tapi ia penting sebab biotin ni membantu badan menukarkan makanan kepada tenaga, bukan kepada lemak!

    #8: Vitalea mengandungi asid folik - sangat penting untuk wanita hamil & yang merancang untuk hamil sebab kekurangan asid folik meningkatkan risiko kecacatan saraf pada bayi!!

    #9: Mengandungi vitamin C & E yang merupakan anti-oksida yang baik. Malah Vitamin E juga merendahkan insulin resistance pada pesakit diabetes! Vitamin C juga membantu merendahkan tekanan darah tinggi

    #10: Mengandungi kesemua elemen Vitamin B dalam komposisi  yang seimbang - vitamin B ni macam wonderpet. Yang diperlukan sedikit sahaja TAPI perlu kesemuanya ada dalam komposisi seimbang supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Pendek kata, kesemua elemen Vitamin B ni bekerjasama untuk memastikan kesihatan saraf yang baik, meghasilkan hormon penting yang diperlukan oleh badan dan menghasilkan tenaga.

    #11: Juga mengandungi kalsium yang sangat penting untuk tulang yang sihat.

    #12: Mengandungi magnesium yang penting untuk mengurangan asma, mengawal tekanan darah tinggi, mengurangkan serangan migraine dan sakit kepala, mengurangkan risiko pre-eclampsia ketika mengandung dan melindungi daripada inflamasi arteri

    #13: Mengandungi Zinc yang penting untuk proses baik pulih sel, diperlukan untuk proses penghasilan hormon termasuk hormon insulin dan meningkatkan sistem imunisasi badan

    #14: Mengandungi Chromium yang penting untuk proses metabolisma gula dan meningkatkan insulin sensitivity pada pesakit diabetes

    #15: Menngandungi iodin yang diperlukan untuk penghasilan hormin tiroid

    #16: Mengandungi copper yang diperlukan untuk penghasilan kolagen dalam tubuh (so awet muda la kan)

    #17: Menagndungi manganese yang diperlukan untuk aktiviti enzim dalam badan dan mengawal paras gula dalam darah

    #18: Mengandungi molybdenum yang membantu menbuang toksin dan menghalang penghasilan asid urik dalam badan (ha!! sape gout mesti suka ni)

    sumber dari : http://dunianutrisi.blogspot.com/

    Monday, February 17, 2014

    JOM JOIN SHAKLEE!

    Assalammualaikum 


    SHAKLEE mempunyai pelbagai rangkaian produk kesihatan untuk ibu menyusu, untuk diabetes, untuk kecantikan dan untuk kesihatan yang optimum.

    SHAKLEE juga menawarkan peluang menjana pendapatan yang memberikan bonus atas penjualan serta kepemimpinan dan usaha anda dalam membantu para anggota Shaklee untuk menciptakan organisasi yang lebih kuat dan menguntungkan.


    Sekiranya anda berminat untuk menyertai organisasi SHAKLEE di bawah naungan saya, boleh email saya di yellow_adam2011@yahoo.com atau sms/call saya di number 014-7314807. 

    terima kasih

    salam sayang,
    Andeliana

    Sunday, February 16, 2014

    Jom rawat masalah JERAWAT BATU/ JERAWAT dengan ZINC COMPLEX SHAKLEE!

    Assalammualaikum semua..

    Tuan belog baru balik bercuti dari Bandung. Seminggu okeyh.. sampai naik jemu makan makanan indonesia.. siap rindu nasi lauk ayam dekat Hakim (apekah?) haha.. entry pasal Bandung akan di update selepas kerja kerja transfer picture dilakukan okeyh.. Bandung ok, penduduk die ramah ramah and hormat orang, tak sombong. tapi yang tak best nye bile flight aku cancelled sbb gunung berapi Kelud tu meletus. abes duit ke hotel and transport untuk sehari (and also shopping!)

    hari ni tuan belog nak cerita pasal Zinc Complex Shaklee.. Sangat murah, bagus, berkesan and tahan sampai 4 bulan hokeyhh. 


    Tuan belog dahulunya seorang yang berjerawat batu (ni tak tipu, Sumpah!). semua gara gara debu pasir masa saya menetap di Doha dahulu (kulit saya sangat sensitif, pegi tempat berdebu confirm naik jerawat, tapi masa tu first time naik jerawat batu. mmg sangat teruk okeyhh)

    then masa tengah tengah shopping, tergerak hati nak masuk farmasi. tanya ahli farmasi tu macam mana nak ilangkan jerawat batu. yelaa, ms tu berapa bulan lagi kot nak kawen.. takkan nk kawen muka penuh jerawat batu kot. then die suggest amik zinc complex. then saya pn beli.. alhamdulillah tak smpai sebulan, mmg jerawat kecut. smpai bakal mak mertua masa tu terkejut. mula2 tengok penuh jerawat. kali kedua tengok, Eh, dah lawa bakal menantu aku ni :p (perasan sekejap)

    tapi tu zinc complex sintetic okeyh.. bila dah kenal shaklee yang natural gitu.. saya terus consume zinc complex yang natural dari shaklee ni.. alhamdullillah so far ok, rambut pn kurang gugur.. alhamdulillah.. 

    Bagaimana pula zinc complex membantu merawat masalah jerawat?


    1) Zinc mengawal penghasilan minyak pada kulit
    2) Zinc bersifat anti-inflamasi (mempunyai ciri-ciri anti-radang) yang membantu mengurangkan kerengsaan kulit akibat jerawat
    3) Zinc boost immune system secara automatik membantu tubuh melawan bakteria yang menyebabkan jerawat (Propionibacterium acnes)
    4) Zinc is an important co-factor in helping the body to process vitamin A and E; yang mana kedua-duanya juga turut membantu tubuh melawan jerawat

    Zinc - Vitamin A - Vitamin E 
    Gabungan ketiga-tiga vitamin dan mineral ini membantu tubuh mengawal hormon. Hormon yang tidak stabil boleh mengakibatkan pengeluaran minyak berlebihan pada kulit

    5) Zinc juga membantu dalam pertumbuhan tisu supaya kulit sentiasa segar
    6) Zinc terlibat dalam sistesis protein dan pembentukan kolagen dalam badan --> Kedua2nya penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan mengawal pengeluaran minyak secara normal


    dapatkan harga kasih sayang daripada saya okeyhh. Sebotol bawah rm40 tahan 4 bulan ye kawan2 :)

    Andeliana (Shaklee ID: 897321)
    +6014-7314807




    Wednesday, February 5, 2014

    Besday si kembar yang kedua - 18 January 2014



    celebration yang simple2 je.. tu pon beli kek n potong kat kedai mak.. kek sedap, alhamdulillah.. 

    2 minggu sebelum tu dah bawak diorang pegi bukit merah as pre hadiah besday (sadly x banyak benda yang boleh main sebab still under construction). cewahhh.. beria nak pre pre segala.. OVER!

    then pegi penang, ingatkan nak tidur sane, sekali nenek sedara sakit, terus rush balik parit buntaq! tidur parit buntaq jelah.. FREE of charge! jimat duit mak, nak! haha

    rasa macam nak buat contest.. hadiah die vitamin Shaklee yang paling best untuk keputihan which is ALFALFA! raja segala tumbuhan.. nanti saya announce ape contest nya. :) tapi ade ke orang yang nak JOIN ni? hihi

    dah, xtak tau nak merepek ape lagi.. bubbye!



    Happy besday sayang! semoga menjadi anak yang solehah, penyeri hidup ibu and papa! love both of you

    terimalah gambar dedix dari adik adleena!

    Monday, February 3, 2014

    PROMOSI FEBRUARI YANG KEBABOMM : MULTIVITAMIN YANG TERTUA DI DUNIA

    Assalammualaikum semua..



    Alhamdulillah, dah masuk bulan kedua dah pon untuk tahun 2014.. Bulan yang promo shaklee yang sangat best.. best sebab Vitalea aka multivitamin yang tertua di dunia, and multivitamin adalah satu supplement yang semua orang kene cuba (boleh tak saya nak ckp yang multivitamin adalah benda WAJIB untuk semua orang?) Sebab itulah Vitalea ada dalam setiap set yang dicadangkan. Pembekal nutrisi kepada badan kita yang banyak sangat makan makanan yang tidak berzat (junk food, fast food).



    Harga pasaran: RM88.75 sebotol (untuk 4 bulan hokeyh)
    Harga promo : jom pm saya (014-7314807)

    Sedikit fakta penting berkenaan Shaklee Vitalea :
    • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
    • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
    • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
    • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
    • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
    • Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
    • Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.
    Antara bukti kehebatan sains Shaklee terhadap Vitalea adalah kadar dissolve dan penyerapan Vitalea yang amat cemerlang walau dalam keadaan tanpa kehadiran enzim pencernaan.
    Antara set yang memerlukan Vitalea:
    • Set kesihatan optimum
    • Set kesuburan
    • set mengandung
    • set bersalin/berpantang
    • Set tekanan darah rendah

    AMARAN : sekiranya anda menghidapi talasemia, tidak digalakkan mengambil supplement yang mengandungi zat besi atau iron yang tinggi kerana ia tidak akan membantu dalam meningkatkan HB bahkan ia mungkin membawa kemudaratan.

    Antara testimonial pengamal Vitalea :

    Dapatkan Vitalea anda sekarang!

    Andeliana | 014-7314807
    ID: 897321