Thursday, April 29, 2010

:: entry pendek ::

entry jiwang kali ni...

ttbe hari ni rs rindu yg teramat2 lah sgt..dh 2 bulan x jumpe my fam n si dia..ya allah..sgt2 rindu k..seb baik skrg ade teknologi..dpt gak webcam everyday..at least dpt la ilangkan rindu sket kan..

diz coming saturday my future PIL nk dtg...merisikk..hihi..dpt org yg dirisik jauh di perantauan..

xsabar nyaaa!!!!!

opss...dh nk blk keje..sok holiday yeayy..see u soonn...tataaaaa~

:: taraaaaa ::

inilah si gemok pengarang hati beta..tgk gaya pon dh mls kan..ptt la gemok..hihii..

Monday, April 26, 2010

:: pet ::

i got a cat yesterday..a semi flat persian..white in colour..sgt2 hepy sebab dh ade peneman di kala sunyi..eceh mcm la sunyi kan..24 jam dok berkepit ngan mr S dok ngaku sunyi lagi..hehe ampun ye mr S..sy bkn menduakan kamu..nasib baik kucing tu betina..hihiii

actually nk beli kucing tu kat qatar living..but mebe rezeki nk kawen kan...org tu leh bg free je..sbb mebe die nk lawat kot kucing tu..so really happy sbb hanya kuarkan duit sket je for food n pasir suma..ade la dlm 100 abes..sangkar x beli lagik ni..cm sedih lak nk letak die dlm sangkar kan..

nnti lah taruk gambar die..x smpat nk amik lagik..hihii

Saturday, April 24, 2010

:: Menilai "KEIKHLASAN" si dia & anda sendiri ::



Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara
pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-
kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan
dan menikmati hari yang berbahagia tersebut..

Suatu acara yang luar biasa dan sungguh
mengesankan. kedua mempelai begitu anggun
dan gagah dalam persalinan yang indah. Setiap
pasang mata yang memandang setuju
mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh
saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata
kepada isterinya:

Sayang, abang baru membaca sebuah artikel
dalam majalah tentang bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan
kita', katanya sambil menunjukkan majalah
tersebut. 'Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.

Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita
mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan
perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...'.

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-
hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan
berjanji tidak akan tersinggung ketika
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik
kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur
dan mencatat apa yang terlintas dalam benak
mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. 'Abang akan mulai dulu ya',
kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya.
Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka
surat ...

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal
yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia
memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai
mengalir ...

'Maaf, apakah abang harus berhenti ?' tanyanya.
'Oh tidak, teruskan ...' jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua
yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya
dengan manis di atas meja dan berkata dengan
bahagia, 'Sekarang giliran sayang pula
membacakan senaraimu'.

Dengan suara perlahan isterinya berkata,
'Saya tidak mencatat sesuatupun di atas kertas saya.
Bagi saya abang sudah sempurna, dan
saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang..... Abang
adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya...
Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati
saya dengan Abang ...'

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati
isterinya ..... bahawa isterinya menerima dirinya
seadanya.

Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup
SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang
lain?...

Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau
kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang
SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada
yang perlu diperbaiki...

Wallahualam

'Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita
kerana kelebihan kita dan menerima segala
kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah
sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYAALLAH.'

hargailah apa yg telah diberi.

:: Yang mana kita nk jadi ek ::

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa .

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati , merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

:: hantaran hunting ::

memandangkan sekarang aku kt qatar and dh gatai sgt nk kawen bln 9 ni...terpaksa la mr S yg pegi melakukan urusan membeli brg2 hantaran berseorangan..sian kan..terpaksa..aku ni mengarahkan je nk beli apa..nk wt apa..yg lain sume mr S yg uruskan..alhamdulillah 2 hantaran dh settle..telekung & handbag..ni la handbag yg bakal jd brg hantaran utk aku...tadaaaa


from coach..haaa..ni aku yg gatai p survey pastu pilih sendiri...rabak duit mr S..sekali sekala kan syg..xpela..nk wt cm mana..dh aku terbekenan..kaler lip lap lagi..striking plak aku rs..ok la kan..tp muat ke atas dulang nnti ek?

tggl jam n a few more je lg..

tp hantaran aku kt die plak?satu habuk pon x beli lagi..ingat nk tgk tissot kt qatar ni...cm murah 300 dr malaysia..ade sape2 nk kirim x?heheee

Friday, April 23, 2010

:: hasil rembatan dari indonesia ::

alhamdulillah...

kak eyna slmt pulang dr indonesia...so brg2 yg aku kirim pon selamat smpai...xde benda sgt pon yg dibeli..sikit2 aje..

mr S beli telekung utk hantaran..nk pengsan aku dengar hrgenye..adeh syg, ape ke hei nye order mahal beno syg oi..xpela..dh beli dh pon kan..lagi pon bape taun skali kan nk beli utk bakal isteri yg gemok ni...

ape ek yg aku beli? jeng3...lace utk makcik2 n nenek aku..ok la..x mhl..nk ckp lawa sgt, taste msg2 kan..bg aku...ok je...boleh tahan la..cntik gak dgn harganya yg x mahal sgt...disebabkan tema pon kuning ungu kan...so beli kaler ungu la kat mkck2 aku n nenek aku...


owh ni plak kain baju raye kitorg as husband n wife nnti insyaallah..


buat mr S..thx sbb banyak berkorban utk bakal isteri yg gemok lg chubby ni...thx gak sbb byk sgt wt keje p sane2 utk tempah segala bagai..thx jugak sbb rajin melayan karenah saye yg mcm2 ni...owh x lupe gak..thx sbb byk berhabis utk sy...i love u drlg mucuk (zati ko jgn geli lak,aku pon nk gk manje2 cm ko hahaa)

Friday, April 2, 2010

:: tanda tanda kematian ::

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuatpersediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kitasepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepadaAllah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberikesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan AllahSWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaanAllahSWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.