Wednesday, February 10, 2016

Tips bila nak Service Medela Freestyle di Ampang

Assalammualaikum..


Since breastpump saya masih dalam warranty period, jadi amik kesempatan untuk servis secara percuma.. Korg2 yang rasa breastpump korang dh nk hampir expired warranty tu boleh la bwk p service sementara boleh ni.. Jimat sket kan?

Mula2 pergi, tempat dia x susah la nk cari..belakang hotel de palma je.. Parking kene rm2..sejam cmtu kot.. Tak ingat dah.. Pusat servis tu ade jual brg baby, stroller suma la..

But make sure korang bwk seperti dalam pic kat bawah ni if korang nk service under warranty.. Nanti diorang akan tukar motor baru FOC ok.. Jangan lupa bwk kang diorang mmg takkan layan.

Tu jela nk kabo

Xoxo

Monday, December 28, 2015

Memilih tadika untuk kembar 4 tahun di Pulau Meranti, Puchong

Assalammualaikum WBT

Alhamdulillah diam tak diam dah sampai ke penghujung tahun 2015, cepatnya masa berlalu kan?
Next January, twin dah masuk umur 4 tahun. Last year diorang sekolah dekat PASTI Pontian sebab ikut anak2 pengasuh diorang. PASTI ok, alhamdulillah twin dah boleh baca basic surah, pandai menyanyi, pandai berzikir..

Next January me and husband dah sepakat memilih Tadika ABS Luqman Bandar Bukit Puchong as tadika kedua untuk twin. tadika ni dalam 15 minit dari rumah, berhampiran dengan Tesco Extra. Mula2 kami nak daftar twin masuk Little Caliph, memandangkan kami suami isteri PJJ, and yuran pendaftaran LC untuk berdua pon dan RM3k++ (tercekik jap), kitorang postpone insyaallah by next 2017 kalau panjang umur kami hantar diorang ke LC.

Yuran pendaftaran untuk Tadika ABS Luqman ni pon agak berbaloi sebab 2 orang baru RM1770. Every month half day RM360 untuk kembar. half day lg hantar rumah pengasuh. Ikutkan nak hantar full day kat sekolah je sebab jimat RM120 lagi tapi husband decided nk anta rumah pengasuh juga

Just nak letak few pics masa diorang masuk kelas free seminggu tadika ABS. so far diorang happy sekolah kan situ. Semoga mereka baik2 sahaja.. amin

oh by next year juga, kami bakal menamatkan PJJ kami selama setahun 7 bulan ni. insyaallah saya akan mula bekerja di KL. Welcome to the busiest town!

   
 

Wednesday, November 25, 2015

Jalan jalan cyberjaya yang sekangkang kera tu

Bismillahirrahmanirrahim

Fuhhh fuhhhh.. Lamanya tak menulis kat sini.. Nanti dah tua tua kang dah xde benda sejarah nk suh anak cucu baca :p

Last week tuan tanah kedaung blk manjung anta kembar balik kampung..cuti sekolah kan.. Ade anak pekerja mak boleh tlg jagakan.. Papa diorg ade training lagi KT Singapore..

Isnin tu kebetulan johor memang cuti sempena besday sultan johor.. Ai amik extra lg cuti sehari sebab bila dah smpai puchong, sumayya pulak demam selsema, dok merengek je.. Disebabkan beras dah abes KT umah, dinner tu kitorg makan KT luar. .gerak la pergi cyber around 9pm tu..cyber mmg dekat ngan Kuarters kitorg.. Sebelah je..tp nk pusing masa pergi tu jauh..nk balik dekat sangat..

Mula2 nk makan KT Thai Vietnam canteen yg org kata sedap tu.. Sampai2 je diorg dh nak tutup.. KUCIWA.. So kitorg pon g pusing2 nk cari kedai makan.. Husband suggest g area Starbucks tu banyak kedai.. So meronda la kami bertiga..

Tetiba ternampak kedai Sangkaya.. Sebab teringin nk rs, so kitorg stop KT situ beli Sangkaya yg rm10.60 tu.. Nk merasa.. Sedap la jugk.. Tapi mahal la kan eskem sket je pon.. Alang2 KT situ, kitorg makan la KT kedai kopitiam tu.. Tak ingat nama.. Tp Sangkaya tu mmg ade KT area kopitiam ni

Totally not recommended.. Pelayan die mungkin baru2 sampai Malaysia kot.. Majority blur2.. Order kitorg dekat 4x salah.. Adoyaii..mmg xsinggah dahla kot kitorg pasni

Alamakkk..sumayya nangis..nanti sambung.. Babayeee.. Miss yaa

Wednesday, April 1, 2015

Jom Belajar tentang Urutan Perineum

Apakah itu perineum?

Kawasan antara kulit vagina dan dubur

Apakah itu episiotomi?

Faraj ibu yang digunting sedikit untuk memudahkan jalan bayi

Apakah itu urutan perineum?

Urutan yang diamalkan apabila usia kandungan mencecah 35 minggu untuk membantu memudahkan bersalin dan mengurangkan risiko terkoyak semasa meneran, lantas tidak memerlukan episiotomi ataupun jahitan yang sangat sedikit
Ibu-ibu hendaklah memastikan kuku benar-benar pendek, tidak tajam dan betul-betul bersih. Walaubagaimanapun, anda hendaklah mendapatkan nasihat doctor dulu tentang keadaan anda dan kandungan anda.
Sekiranya doctor memberi lampu hijau, maka bolehlah anda mulakan urutan ini selama 5-10 minit, 2 hingga 3 kali sehari. Untuk memudahkan urutan, anda  bolehlah menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa dara, atau apa sahaja minyak semulajadi yang tiada berperisa atau pewarna.

Teknik Urutan Perineum

perineum massage
Gambar ini untuk tujuan perkongsian ilmu, diharap tidak disalahgunakan
  1. Sapu jari dengan minyak
  2. Letakkan ibu jari ke dalam dinding vagina
  3. Letakkan 4 jari lagi ke dalam punggung
  4. Mulakan dengan bahagian lapisan pertama vagina.
  5. Bayangkan vagina anda seperti jam dan bahagian perineum adalah pada pukul 6.
  6. Anda boleh mula gerakkan jari anda atau ibu jari secara perlahan dan lembut dari pukul 3 ke pukul 9.
  7. Kemudian cuba berhenti dan bertahan pada setiap point.
  8. Mulakan dengan tekanan sifar pada pukul 3, 4, 5 dan seterusnya.
  9. Kemudian lakukan sedikit regangan di tempat-tempat tadi dengan menolak ke dalam tisu pada bahagian tersebut dengan lebih kuat.
  10. Setelah itu, cuba lakukan lebih dalam (lebih kurang senggatan kedua jari anda). Disini akan tercapainya bahagian yang lebih dalam pada lantai pelvik.
  11. Lakukan dengan sangat berhati-hati dan tekanan yang dikenakan adalah menghampiri sifar.
  12. Selepas selesai urutan, buat senaman kegel (kemut). Ia seperti anda ingin menahan buang air kecil atau menahan angin dari keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan selama 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
  13. Ulang sekurang-kurangnya 2 kali sehari
Urutan perineum ini dapat membantu ramai ibu untuk mengurangkan risiko jahitan semasa kelahiran bayi. Ini kerana bahagian perineum telah kita latih untuk meregang semaksima mungkin. Ini kerana, semasa kelahiran baby, bukaan akan mencecah 10 cm. Diluar dari pemikiran kita kan.
Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada Allah. Kita berusaha, Allah yang menentukan. Yang penting, kesihatan selepas ibu-ibu melahirkan baby. Jaga sebaik mungkin untuk kesejahteraan kita, baby dan juga keluarga

Sunday, March 8, 2015

SET BERSALIN TANAMERA AND MY DEAR WAREHOUSE SALE

Assalammualaikum..

Last week kebetulan balik Puchong sebab ade checkup ngan Dr Haslinda dekat KPMC Puchong. and kebetulan dekat Puchong ade MY DEAR warehouse sale. Since dah lame tak pergi warehouse sale, and kebetulan nak jumpe BFF time belajar dulu, mama Aisy untuk beli bengkung dari dia.. so zass ajak husband, tinggal anak ngan mak abah yg kebetulan mai Puchong jugak nak jumpa cucu..

warehouse sale ni sampai end of this week tau.. sebelum diorang berpindah location. lokasi dekat sahaja ngan Pulau Meranti. boleh google kt google maps insyaallah tak sesat.. 


beli bengkung dari mama aisy, siap dapat set tanamera yg mama aisy tak guna (if guna pon sikit je).. alhamdulillah rezeki saya.. so tak perlu berhabis duit utk beli full set tanamera since dh ade full set bersalin Shaklee kan.. just kene topup VCO, sabun and minyak tanamera je.. berbaloi baloi.. thanks alot :)

alang alang dah dekat warehouse sale tu, memang tak sah la kalau x shopping kan.. nampak rocker yang menarik perhatian, bincang2 ngan husband, so amik design yang macam bawah ni. harga RM165 je.. tak murah sgt pon harga kt situ.. cuma sape beli walker agak berbaloi la sebab dapat extra one seat free lg.. next nanti kita cita pasal checkup dengan KPMC puchong ye :)



Friday, February 13, 2015

Checklist Barang Baby

assalammualaikum,

Since pregnancy dah masuk 27 weeks mggu ni, gigih lah jugak cari checklist untuk barang new baby.. copy paste dari blogwalking sebenarnya.. bila tengok senarai barang2 ni, aiyaa,.. banyaknye lagi barang tak beli lagi.. mungkin faktor 2nd pregnancy so mood nak shopping agak berkurangan.. nak kena p shopping kt JPO ni kikikii :P


BARANG BABY

1) Baju Siang 
DONE
2) Sleeveless Romper 
DONE
2) Short Sleeve Romper  
DONE
3) Baju Malam Lengan Pendek  
DONE
4) Baju Malam Lengan Panjang  
DONE
5) Sleepsuit 
DONE
6) Baju Raya DONE except traditional  
7) Mitten and Booties - DONE
8) Set Napkin 
DONE
9) Topi 
10) Sapu tangan kecil - DONE

11)  Tuala  - DONE
12) Bedung - DONE 
13) Stokin - DONE
14) Barut - DONE  



TOILETRIES

1) Bedak
2) Losyen
3) Diaper Rash Cream  
4) Minyak Telon - DONE 
6) Mandian Top to Toe  

7) Mamipoko Newborn 1 pack - DONE
8) Nasal Aspirator  
9) Hair Brush  
10) Thermometer  
11) Baby Wipes 
DONE
12) Changing Mat 
DONE 
14) Nail Clipper 
15) Toiletries Travel Set
16) Cotton Bud 

14) Tuam Baby  

EQUIPMENT

1) Rocker  
DONE
2) Carseat - DONE - SI KEMBAR PUNYA
3) Stroller - 
DONE - SI KEMBAR PUNYA
4) Penyidai Bulat 
DONE
5) Penyidai Bulat with clipper 
DONE
6) Baby cot DONE - SI KEMBAR PUNYA
7) Set Tilam DONE - SI KEMBAR PUNYA
8) Kelambu  
9) baby hanger
10) baby support/lapik stroller


BARANG MOMMY

1) Mandian Herba - DONE
2) Stokin
3) Set Pantang Shaklee - DONE (VIVIX, ESP, ZINC, VITAMIN C, ALFALFA, BCOMPLEX, VITALEA)
4) Lulur 
DONE
5) Pad 
DONE
6) Gamat Healin
7) Disposable Panties 
DONE
8) Nursing Bra - need another 5 pairs


BREASTFEEDING / HOSPITAL / BERPANTANG

1) Breastpump - DONE (MEDELA FS)

2) Reusable ice pack DONE
3) Storage Bottles - DONE

4) Ziplock storage - DONE
5) Cooler Bag - Done (FREE)
6) Washable Breastpads - DONE
7) Avent bottle DONE
8) Thermos air panas - DONE
9) Bag baru - DONE


STORAGE / SIMPANAN BARANG BABY

1) Almari  
2) Bakul pantang  

Monday, January 5, 2015

Happy New Year & Happy Birthday to Me!

assalammualaikum..

Kemain lagi happy new year padahal dah 6 hari berlalu.. alhamdulillah masih lagi dipanjangkan usia untuk menyambut hari kelahiran yang ke 29 tahun.. tahun terakhir angka 2 di hadapan.. tahun depan dan 3series.. omaigodd! cepatnya masa berlalu

alhamdulillah suami dah selamat berpindah di Markas Smart Pulau Meranti Puchong.. semakin dekat dengan saya di Pontian ni.. Semoga saya dapat bekerja di Puchong atau sekitar dengan nya x lama lagi

Insyaallah pertengahan tahun ni, kami akan menyambut orang baru.. alhamdulillah.. baby single kot (kembar lagi pon takpe).. pregnant kali ni alahan lagi teruk dari dulu.. sampai sekarang still asyik loya.. orang kata kalau alahan teruk, bersalin mudah ye dak? insyaallah mudah2an..

Still surveying tentang Confinement Lady dan tempat bersalin.. mudah2an tak bersalin di hospital pontian (agak scary tempatnya).. so far contact no Confinement lady yang ade mcm kat bawah ni (for rujukan nanti)


  • Puan Maryam - bandar Kinrara 012-6463677
  • Kak Ina  0196665216
  • Bibik Jannah  012-9738379
  • Sirehqaseh   013-4004005
still looking for another best offer untuk pakej bersalin ni.. anyone ade contact no boleh roger2 eh.. tq!